Setelah MBI dicaci, pemuda tampil mohon maaf

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar kolej di Ipoh memohon maaf kerana memuat naik status tidak tepat sehingga mencemarkan kredibiliti penguatkuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Muat naik itu antara lain memaparkan seorang wanita sedang menangis dan barang-barang jualannya berselerak sambil diperhatikan penguatkuasa MBI.

Ia memberi gambaran bahawa penguatkuasa MBI sengaja membuli peniaga wanita terbabit dengan menyelerakkan barangan jajaannya.Tetapi pelajar itu akhirnya mengakui wanita itu sendiri yang menyelerakkan barang-barang jajanya.

“Saya memang nampak makcik itu sendiri yang menyelerakkan barang-barang jajaannya, namun disebabkan saya berasa amat marah saya pun memuat naik status seolah-oleh pegawai penguatkuasa yang membuat semua perkara itu,” jelas Nuruddin Abdul Mujid, 22, dalam sidang media di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada Isnin.

Sidang media itu diatur bagi menjelaskan perkara sebenar semasa insiden berkenaan.

image_from_url

Turut hadir, Setiausaha MBI, Mohd Zakuan Zakaria dan Ahli Majlis MBI, M. Veeran serta Pengerusi Lembaga Pelawat HRPB, Datuk Omar Ahmad.

Nuruddin yang memuat naik gambar itu di laman akaun Facebook peribadinya berkata, semasa kejadian, dia sedang menghabiskan waktu rehatnya.Gambar itu menjadi viral di laman sosial Facebook sejak Ahad.

“Saya mohon maaf di atas tindakan saya dan saya tahu itu adalah tindakan bodoh kerana tidak berfikir panjang.

“Tambah pelajar kursus Pembantu Perubatan lagi, penjaja wanita itu hanya menangis lalu menyelerakkan barang-barang jajaan kerana tidak puas hati terhadap tindakan terhadapnya.

Bagaimanapun muat naik statusnya ke Facebook menyebabkan salah anggap masyarakat sehingga ada penguna media sosial menghemburkan kata-kata berbaur perkauman terhadap MBI dan penguatkuasanya dan kerajaan negeri .

 

Nuruddin yang merupakan pelajar tahun terakhir dari Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sultan Azlan Shah mengakui faham dengan kedudukan pihak penguatkuasa yang hanya menjalankan tugas mereka dan dia langsung tidak berniat untuk memburukkan mana-mana parti politik atau mana-mana agensi kerajaan, secara langsung atau secara tidak langsung.Dia juga mengakui tiada siapa di lokasi berkenaan berani untuk masuk campur dalam insiden berkenaan.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments