Rizab antarabangsa Bank Negara AS$96.7 bilion - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Sat, Aug 8th, 2015

Rizab antarabangsa Bank Negara AS$96.7 bilion

 

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) jatuh di bawah AS$100 bilion kepada AS$96.7 bilion sehingga 31 Julai 2015.

Dalam satu kenyataan, bank pusat itu memberitahu kedudukan rizab itu mencukupi untuk menampung 7.6 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar jangka pendek.

Menurut penganalisis, berdasarkan standard dana kewangan antarabangsa, rizab yang sihat perlu mampu menampung import tertangguh melebihi tiga bulan.

Ia juga tidak boleh melepasi bawah 0.96 kali hutang luar jangka pendek.

Rizab Bank Negara terus jatuh kerana bank pusat itu terus menyokong ringgit di pasaran dengan membeli unit tempatan itu.

Rizab berada pada AS$140 bilion pada suku pertama 2013 sebelum turun kepada AS$100.5 bilion pada 15 Julai.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (11)