Video: Isteri kantoi curang dengan lelaki lain dalam bilik mandi - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Sun, Aug 2nd, 2015

Video: Isteri kantoi curang dengan lelaki lain dalam bilik mandi

SEORANG Tentera Laut Amerika Syarikat yang teruja dibenarkan pulang lebih awal daripada tugasan untuk menemui keluarga, terkejut apabila tindakan mahu merakam ekspresi isterinya berakhir dengan wanita tersebut sedang bercumbu dengan lelaki lain yang juga anggota tentera di rumah mereka.

Dalam rakaman yang kini viral, kepulangan tentera tersebut kelihatan disambut dengan teriakan gembira anak perempuannya namun dia terus berjalan lalu memasuki bilik air dalam bilik tidurnya di mana si isteri sedang dalam keadaan bogel bersama lelaki asing berpakaian penuh.

Si suami kemudiannya menghalau lelaki tersebut hingga ke luar rumah sambil bertanya nama dan pangkatnya, selain meminta supaya memandang pada kamera telefon bimbit, membuatkan lelaki tersebut terus melarikan diri.

Selepas rakaman ini dimuatnaik di Facebook pada 28 Julai lalu, ramai netizen mengutuk perlakuan isteri tentera tersebut dan pada masa sama, memuji tahap kesabarannya yang tidak menggunakan kekerasan walaupun diketahui sedang menahan marah yang amat sangat.

-Mynewshub

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (12)