Ringgit Malaysia jatuh cecah RM3.80 - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Mon, Jul 6th, 2015

Ringgit Malaysia jatuh cecah RM3.80

duit

 

KUALA LUMPUR: Ringgit Malaysia jatuh mencecah paras 3.80 berbanding dolar AS, pagi ini – paras yang di pernah diikat untuk satu dolar Amerika pada September 1998.

Waktu itu, Ringgit diikat ketika Asia Tenggara mengalami krisis kewangan, bagi memastikan tiada lagi kejatuhan nilai ringgit namun pada 2005 kaedah itu diberhentikan.

Pada jam 9.01 pagi, nilai matawang merundum sehingga 0.8 peratus dan dinyatakan berada pada 3.8040/8080 berbanding 3.7760/7790  pada Jumaat.

Seorang peniaga berkata kejatuhan nilai ringgit dilihat sama terjejas dengan nilai matawang serantau kerana permintaan aset pasaran baharu semakin kurang disebabkan peningkatan risiko bahawa Greece akan keluar dari zon Eropah selepas negara itu membuat undian untuk menolak syarat jamin keluar.

Ringgit didagangkan lebih rendah dengan matawang utama yang lain kecuali euro.

Nilai matawang jatuh berbanding dolar Singapura kepada 2.8151/8184 daripada 2.7997/7024 pada Jumaat, semakin merosot berbanding yen kepada 3.1053/1091 daripada 3.0684/0711 dan terus merudum berbanding pound sterling kepada 5.9160/9237 daripada 5.9000/9054 sebelum ini.

Matawang tempatan namun meningkat berbanding euro kepada 4.1931/1983 daripada 4.1936/1977, pada Jumaat.

 

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (6)