Cuadrado bukan pembelian panik – Mourinho

16

JOSE MOURINHO mendedahkan dia mula menaruh minat dan mengikuti perkembangan pemain sayap Colombia, Juan Cuadrado ketika mengendali Inter Milan.

Pendedahan itu dibuat oleh jurulatih dari Portugal terbabit bagi menafikan bahawa Cuadrado merupakan pembelian panik yang dilakukan Chelsea pada minit terakhir sebelum jendela pemindahan pemain ditutup.

“Saya telah mengenalinya dalam tempoh yang lama, ketika saya berada di dalam liga yang sama (membimbing Inter Milan).

“Sejak itu saya lihat, prestasinya meningkat pada setiap minggu sehingga tahun ini. Cuadrado bukan pembelian panik tapi bagi menggantikan Andre Schurrle yang ke Wolfsburg,” jelasnya.

 

Pemain sayap verstail itu dijangka akan diturunkan buat kali pertama ketika Chelsea menentang Aston Villa minggu ini.

Bagaimanapun, Mourinho mengakui bahawa Cuadrado akan beraksi di posisi pertahanan kanan dan bukan sebagai pemain sayap.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments