Aktivis Anti-Lynas dilarang masuk Malaysia - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Mon, Sep 1st, 2014

Aktivis Anti-Lynas dilarang masuk Malaysia

PETALING JAYA: Aktivis warga New Zealand, Natalie Lowrey dilarang memasuki Malaysia semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Ahad apabila namanya disenaraihitamkan oleh Jabatan Imigresen.

Wanita berusia 42 tahun itu yang juga merupakan penduduk tetap Australia, dilarang masuk sejurus selepas ketibaannya pada pukul 7.55 malam di KLIA2 pada Ahad.

“Jabatan Imigresen telah melarang kemasukannya ke negara ini kerana dia di dalam senarai hitam,” kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengesahkan perkara itu.

“Ketua Pengarah Jabatan (Imigresen) akan mengulas lanjut mengenai perkara ini tidak lama lagi,” katanya pada sidang media, Isnin.

Difahamkan, Lowrey sebelum ini ditahan kerana penglibatannya dalam bantahan “Shutdown Lynas” pada 22 Jun tahun ini, tetapi masih tidak dapat dipastikan lagi sekiranya ia mempunyai kaitan dengan tindakan dia disenaraihitamkan.

Stop Lynas dalam satu kenyataan berkata, Lowrey akan dihantar pulang ke negara dia berlepas untuk ke Kuala Lumpur.

“Dia dihantar ke Bali, dan akan terbang melalui Sydney pada Selasa pada pukul 6.50 pagi. Lowrey dimaklumkan mengenai tindakan larangan kemasukan ke Malaysia, sebab-sebab larangan itu bagaimanapun tidak dimaklumkan.

“Lowrey dan 15 rakyat Malaysia yang lain ditahan di bantahan secara aman pada Jun lalu bagi menuntut Lynas menutup operasi loji Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Kuantan.

“Lowrey ditahan selama enam hari dan dibebaskan tanpa didakwa, tanpa dimaklumkan dia tidak dapat kembali ke negara ini. Rakyat Malaysia yang ditahan dibicarakan di bawah Kanun Keseksaan,” menurut kenyataan itu.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (30)