Jurugambar terkilan gambar diguna pakai tanpa kebenaran

 

BUKAN mahu menyalahkan mana-mana pihak, tetapi siapa tidak marah dan terkilan bila hasil kerja sendiri dirompak dan diguna sewenang-wenangnya oleh pihak yang tidak bertangungjawab.

 

Itulah luahan hati seorang jurugambar, Nixon Lim yang mendakwa gambar beliau telah diguna pakai dalam laman sesawang Universiti Sains Malaysia (USM) sejak tujuh bulan lalu tanpa kebenaran atau persetujuan hitam putih antara dua pihak.

 

Nixon bertindak menghubungi pihak USM tetapi jawapan yang diterima agak mengecewakan, malah mengatakan gambar tersebut bukan milik nixon pada awalnya.

“Kemudian mereka menyuruh mengeluarkan surat saman kepada penasihat undang-undang, Encik Khairul Anuar Che Azmi, untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Gambar milik Nixon yang dipecayai diguna pihak USM

 

Menurut Nixon lagi, gambar tersebut telah diubah suai, namanya juga telah dibuang oleh kakitangan USM yang bertanggungjawab menjaga laman tersebut.

 

“Saya pasti tidak membiarkan perkara seperti ini terjadi, kerana mereka bersikap tidak profesional dan telah mengubah suai dengan tanpa izin, bagi saya mungkin pereka web mereka bermasalah,” tambahnya lagi dengan perasaan terkilan dan marah terhadap apa yang berlaku.

 

Nixon juga, mengunakan medium laman sosial untuk menuntut kebenarnya dan akhirnya pihak USM telah membuat satu temujanji untuk menyelesaikan masalah tersebut.

 

Apa yang dibangkitkan beliau bukan untuk memburukan atau memalukan mana-mana pihak, tetapi untuk menyedarkan pihak yang tidak bertanggungjawab memakai karya orang lain untuk tujuan rasmi.

 

“Seharusnya perkara ini boleh dibincang, tidak perlu mencuri karya orang lain, malah setiap jurugambar ada menyimpan gambar asal (RAW), kita boleh tahu itu adalah karya kita,” katanya lagi.

 

Seharusnya perkara seperti ini tidak harus terjadi kepada jurugambar kerana mereka mencari rezeki dalam kerjaya ini, seharusnya pihak lain jika mahu perkhidmatan perlu berunding dahulu, semoga banyak pihak buka mata dalam isu seperti ini. – NMP

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments