Selangor masih bernyawa - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Tue, May 6th, 2014

Selangor masih bernyawa

KUALA LUMPUR – Walaupun melepaskan peluang terbaik untuk merampas takhta Liga Super kelmarin, namun Selangor tetap optimis peluang untuk menamatkan musim ini selaku juara belum berkubur dan mereka masih berada di landasan terbaik.

Kelmarin, Terengganu membantutkan hajat Red Giants untuk memintas Pahang dan muncul pendahulu baharu apabila mengikat pasukan itu 0-0 dalam perlawanan di Stadium Shah Alam.

Tonggak pertahanan Selangor, Rizal Fahmi Rosid berkata, sekali pun gagal merampas teraju liga, namun berjaya mengutip satu mata tetap dianggap keputusan yang baik.

Dia juga yakin, skuad kendalian Mehmet Durakovic itu akan tampil dengan corak permainan lebih baik pada pertemuan menentang Pahang di Stadium Darul Makmur, 15 Mei ini.

“Berkongsi satu mata dengan Terengganu bukan satu keputusan mengecewakan, saya melihat kami masih berpeluang memburu kejua­raan liga musim ini selagi tidak kehila­ngan mata,” katanya selepas tamat perlawanan.

Dalam perlawanan tersebut, Se­langor terlepas peluang untuk me­rampas kedudukan pendahulu Liga Super dan kini menghuni tangga kedua dengan berkongsi 28 mata bersama Pahang tetapi dipisahkan oleh perbezaan gol.

Sementara itu, Mehmet menyifatkan anak-anak buahnya berhak meraih tiga mata berharga selepas berjaya melancarkan serangan bertali arus ke arah benteng pertahanan Terengganu ketika perlawanan berbaki 20 minit.

Beliau bagaimanapun tetap memuji barisan pemainnya selepas kejayaan mereka menghalang serangan anak-anak buah Abdul Rahman Ibrahim pada separuh masa pertama permainan.

“Sejujurnya, kami boleh menang perlawanan ini sekurang-kurang 2-0 atau 3-0 tetapi kami tidak bertuah meskipun berjaya melakukan beberapa percubaan menarik pada separuh masa kedua.

“Satu mata mungkin keputusan yang baik bagi Selangor dan saya tetap memuji setiap kesungguhan serta komitmen yang ditunjukkan pemain dalam aksi ini,” katanya.- Utusan

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (3)