Import dari Brazil dan Argentina bakal mantapkan JDT - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Thu, Apr 24th, 2014

Import dari Brazil dan Argentina bakal mantapkan JDT

Jorge Pereyra Diaz (kanan) akan memperkuatkan barisan serangan JDT selepas ini.

PASUKAN termahal dalam Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dilaporkan akan menandatangi dua pemain import baharu bagi menggantikan bintang dari Argentina, Pablo Aimar dan pertahanan Singapura, Baihakki Khaizan.

Jorge Pereyra Diaz iaitu bekas pemain bawah 23 tahun Argentina akan menggantikan Aimar manakala Marcos Antonio Elias Santos, 30, dari Brazil dikatakan akan mengambil alih tugas Baihakki.

Diaz, 24, yang bermain di Liga Primera B, Argentina berjaya memikat pengurusan tertinggi Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dengan aksi pantas dan kelicikan yang dimilikinya.

Pemain muda yang turut menjadi buruan kelab Belgium dan Brazil akhirnya memilih untuk mewakii JDT kerana ingin menimba pengalaman bersama idolanya iaitu, Luciano Figueroa.

Aimar terpaksa diketepikan olah PBNJ selepas pemain terbabit mengalami kecederaan dan gagal membantu kelab selama beberapa minggu untuk mendapatkan kejuaraan dalam Liga Malaysia.

Sementara itu, bagi memperkemaskan bahagian pertahanan, PBNJ dilaporkan akan menjadi Antonio Elias iaitu pemain FC Nuremberg, Jerman sebagai pilihan utama.

Pemain terbabit menjadi pilhan berdasarkan saiz fizikal dan pengalaman di pentas antarabangsa sebelum ini.

Antanio Elias yang memiliki ketinggian 1.87 meter dijangka menjadi milik sah JDT sebelum jendela perpindahan pada bulan ini ditutup.

Bagaimanapun, PBNJ belum mengumumkan secara rasmi mengenai status kedua-dua pemain itu setakat ini.- MStar

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (8)