Penyokong kecam Fergie - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Thu, Mar 27th, 2014

Penyokong kecam Fergie

    Wajah ceria Ferguson sebelum perlawanan derby Manchester.

Wajah ceria Ferguson sebelum perlawanan derby Manchester.

SEGELINTIR penyokong Manchester United melepaskan kemarahan terhadap bekas pengendali The Red Devils, Sir Alex Ferguson.

Ferguson yang hadir menyaksikan pertembungan derby Manchester di Old Trafford awal pagi semalam dikecam peminat gara-gara memilih David Moyes sebagai penggantinya.

Pada pertemuan itu, United tewas 0-3 dan ia kekalahan ke-10 dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini.

Selepas perlawanan berakhir, enam petugas stadium dikerah mengawal kawasan tempat duduk yang menggantung kain rentang the chosen one.

Arahan dikeluarkan kerana pengurusan stadium bimbang penyokong bertindak di luar kawalan dan mengoyak kain rentang didedikasikan khusus buat Moyes itu. – SH

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments