Published On: Mon, Jan 27th, 2014

Jual seluar lagi untung dari bikin filem -Afdlin Shauki

Afdlin-Shauki-Jual-Seluar-Lagi-Untung-Dari-Bikin-Filem-ROTIKAYA-700x418KUALA LUMPUR-Dan, anda boleh bayangkan betapa teruknya kutipan filem tempatan sepanjang tahun lalu. Afdlin Shauki yang mempertaruhkan sekuel Papadom 2 sebagai buah tangan tunggal pada tahun 2013 nampaknya kecewa dengan apa yang berlaku.

Filem pertama Papadom berjaya meraih RM3.8 juta namun Papadom 2 yang ditayangkan hujung tahun lalu hanya berjaya membawa pulang RM620,000 & menyifatkan ianya paling teruk dalam sejarah karier 15 tahun beliau.

“Mungkin peminat Papadom sudah meninggal dunia (ketawa kecil) jadi, filem Papadom 2 tidak mendapat sambutan lagi,” ujar Afdlin Shauki kepada Sinar Harian baru baru ini.

“Saya menyimpan Papadom 2, hampir dua tahun dan sebelum ini, saya teragak-agak untuk menghasilkan filem lagi setelah melihat masalah sambutan penonton terhadap karya tempatan”

“Namun, ternyata usaha saya hanya sia-sia dan merugikan. Ketika tayangan perdana, saya ada menerima banyak maklum balas Papadom 2 lebih menarik daripada Papadom sebelum ini”

Afdlin Shauki turut berkata yang beliau sangat kecewa dengan apa yang berlaku dan mengambil keputusan yang Papadom 2 merupakan filem tempatan terakhir arahannya.

“Saya telah membuat keputusan, di mana filem ini merupakan filem terakhir saya untuk pasaran industri tempatan. Saya sudah tiada hati untuk menghasilkan filem tempatan lagi”

Beliau kini sibuk menguruskan perniagaan beliau yang menjual seluar pelikat & beberapa produk lain termasuklah kek coklat Boboi.

“Sejujurnya, jual seluar pelikat lebih menguntungkan daripada buat filem tempatan,” ujarnya.

EmailGoogle+FacebookTwittertumblrRedditStumbleUponbufferDigg

Comments

comments

Links:oakley sunglasses outletoakley sunglasses outletBeats By Drecheap beats by dreCheap Beats By Drecheap beats by drelouis vuitton outletlouis vuitton outletlouis vuitton outletray ban sunglasses outletcheap beats by drecheap beats by drecheap beats by drecheap beats by drecheap beats by drecheap beats by drecheap beats by drecheap beats by dreray ban sunglasses outletray ban sunglasses outletray ban sunglasses outletray ban sunglasses outletoakley sunglasses outletoakley sunglasses outletoakley sunglasses outletChristian louboutin outletChristian louboutin outletChristian louboutin outletChristian louboutin outletlouis vuitton outletlouis vuitton outlet