Samsung Galaxy Note 3 ‘Neo’ dengan 6 cip pemprosesan - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Fri, Jan 10th, 2014

Samsung Galaxy Note 3 ‘Neo’ dengan 6 cip pemprosesan

galaxy neoJIKA anda merupakan peminat telefon pintar dengan skrin yang bersaiz besar juga merupakan peminat telefon pintar dengan didatangkan bersama pen stylus tetapi tidak mahu menghabiskan duit anda membeli Galaxy Note 3 bersama Galaxy Gear, anda mungkin bakal terpikat dengan Galaxy Note 3 ‘Neo’ ini.

Galaxy Note 3 ‘Neo’ ini didatangkan dengan spesifikasi yang digabungkan antara Galaxy Note 2 dan Galaxy Note 3. Butiran terperinci mengenai Galaxy Note 3 ‘Neo’ ini telah terdedah di GSM Arena yang menunjukkan perbandingan antara Galaxy Note 2, Galaxy Note 3 ‘Neo’ dan Galaxy Note 3.

Telefon pintar ini didatangkan bersama 5.55 inci 720p skrin, 8 megapiksel kamera, 2GB RAM, dan bateri sebanyak 3,100 mAh. Walaubagaimanapun, Galaxy Note 3 ‘Neo’ ini bakal didatangkan cip pemprosesan yang belum dirasmikan  oleh Samsung sebelum ini iaitu “Hexa” cip yang menggabungkan antara cip pemprosesan dwi-teras 1.7 GHz + 1.3GHz cip pemprosesan empat-teras,

Daripada dokumen yang dipaparkan ini, ia memperlihatkan fungsi yang turut terdapat pada Galaxy Note 3 dan juga tambahan Magazine UX yang diperlihatkan pada Galaxy Note Pro 12.2 yang diperkenalkan pada CES 2014.

note-3-neo-2014-01-09-02

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (7)